Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas presiden Taiwan dakwa dimalukan di Malaysia

Bekas presiden Taiwan Ma Ying-jeou menuduh China campur tangan dalam acara melibatkan ucapannya di Malaysia.

Bercakap kepada pemberita di Melaka, Ma berkata penganjur enggan merujuknya sebagai “bekas presiden Taiwan” susulan tekanan dari Beijing.

“Kita hairan dengan campur tangan kedutaan Parti Komunis China di Malaysia. Mereka buat banyak masalah,” kata Ma.

Sesetengah bahan promosi juga merujuknya sebagai “pemimpin Cina dunia” atau “bekas presiden”, tanpa menyebut nama Taiwan.

Ma bagaimanapun diperkenal dengan betul ketika gilirannya untuk berucap dalam acara itu.

Dalam Sidang Kemuncak Ekonomi Cina (WCES) di Melaka hari ini, Ma juga dilihat memakai tanda nama yang diubah suai.

Dalam sidang media, Ma ditanya sama ada itu menjadi tanda bantahannya, tetapi beliau memberikan jawapan penuh diplomasi.

“Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini, kami buat tanda nama 'bekas presiden Republik China Ma Ying-jeou',” katanya.

Katanya, ia dibuat demi maruah dirinya dan negara Taiwan.

Taiwan menggunakan nama rasmi Republik China manakala negara China pula menggunakan nama Republik Rakyat China.

Ma juga berkata layanan diterima agak ironi kerana di negaranya beliau dituduh “pro-China” semasa menjadi presiden dua penggal.

“Tetapi sekarang saya di sini sebagai bekas presiden, saya harus berdepan rasa malu ini. Ini saya tidak dapat terima,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, pengasas dan penaung WCES Lee Kim Yew berkata, Ma sebagai tetapi patut hormat keputusan penganjur untuk mengikuti garis panduan Kementerian Luar Bandar.

“Ma bukan hanya tetapi WCES tetapi juga tetamu Malaysia. Beliau seorang tetamu kehormat. Bagaimana beliau dirujuk patut berdasar amalan biasa tuan rumah,” kata Lee.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS