Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Bank Negara tidak laksanakan kawalan modal’
Diterbitkan:  Nov 18, 2016 4:18 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Bank Negara Malaysia mengakui ia campur tangan dalam pasaran mata wang tetapi tindakan itu adalah mengenakan kawalan modal, kata sebuah laporan berita.

Bloomberg melaporkan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata "ya" hari ini apabila disoal sama ada bank pusat itu campur tangan dalam pasaran pertukaran asing.

Namun menurut Adnan, yang pasti tidak ada kawalan modal, kerana langkah seumpama itu tidak wajar dan akan menjejaskan dan berisiko untuk ekonomi, lapor di ruangan The Edge Markets.

Beliau berkata bank pusat itu hanya membateras beberapa siri aktiviti spekulasi terhadap ringgit.

"Tidak ada sekatan kepada pengurus dana, pengurus aset, syarikat korporat, penduduk dan semua mereka yang beroperasi di bawah peraturan pentadbiran pertukaran asing (FEA) yang sedia ada.

“Tiada apa yang berubah," katanya yang dipetik memberitahu pemberita pada satu taklimat di Kuala Lumpur.

"Malah, untuk bank-bank lain, mereka bebas untuk datang dan pergi. Ini hanya (untuk) urus niaga yang disokong atau berkaitan dengan NDF.”

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS