Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Negaraku pelabuh tirai BERSIH5
Diterbitkan:  Nov 19, 2016 6:03 PM
Dikemaskini: 12:27 PM

Perhimpunan BERSIH5 berakhir kira-kira jam 5.30 petang ini - kurang 30 minit daripada waktu dirancang penganjurnya.

Gagal diadakan di Dataran Merdeka perhimpunan untuk mendesak kerajaan melakukan perubahan sistem pilihan raya dan penambahbaikan demokrasi itu beralih ke kawasan berhampiran bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas.

Hujan dan ketiadaan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah untuk menyampaikan ucapan penutup menjadi sebab untuk penganjur menamatkan perhimpunan.

Bagaimanapun ia tidak berlaku sehinggalah semua orang diajak menyanyikan Negaraku beramai-ramai.

Sebelum itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan kepada orang ramai.

Menara berkembar itu pernah menempatkan pejabat Dr Mahathir ketika beliau berkhidmat sebagai penasihat Petronas.

Sementara itu BERSIH dalam kenyataan ringkasnya mengucapkan terima kasih kepada polis kerana berjaya menjaga keamanan sepanjang perhimpunan berlangsung.

"BERSIH ingin mengucapkan terima kasih kepada @PDRMsia kerana mengekalkan keamanan dan memastikan keselamatan peserta #BERSIH5. @KBAB51," kata kenyataan di Twitter itu.

Lihat Komen
ADS