Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS - Marang) hari ini membentangkan usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355, yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun presiden PAS itu memohon huraian usulnya itu dibuat pada sesi akan datang.

“Walaupun RUU ini khas untuk (umat) Islam sahaja. Masih ada pertikaian dan perbahasan di luar.

“Oleh itu saya pohon untuk buat huraian pada sesi akan datang,” katanya.

Perkara yang sama berlaku pada sesi Parlimen lalu yang menyaksikan usul Hadi dipercepatkan pada hari terakhir, tetapi ditunda ke sesi ini.

Satu-satu perbezaannya adalah bahawa usul berkenaan tidak perlu dibacakan semula kali ini.

Datuk Mujahid Yusof Rawa (AMANAH-Parit Buntar) dan Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) mahu perbahasan diadakan hari ini untuk menjelaskan sebarang kekeliruan dan mengelakkan hujah-hujah yang boleh memecah-belahkan rakyat.

“Sya harungi satu kumpulan samseng untuk bahas. Saya nak bahas hari ini,” kata Khalid, merujuk kepada serangan sekumpulan individu ke atas dirinya pagi tadi.

Walau bagaimanapun Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak melayan permintaan berkenaan dan sidang beralih ke tajuk lain.

Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.

Hukuman semasa Mahkamah Syariah adalah maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS