Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images

Anggota Parlimen Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan anaknya adalah antara mereka ada di pekarangan parlimen ketika sekumpulan orang awam 'menyerang' Khalid Samad di hadapan pagi ini.

Bagaimanapun, beliau yang kini memegang portfolio timbalan menteri pertanian dan industri asas tani menafikan telah menaja kumpulan tersebut untuk memasuki kawasan parlimen.

"Mereka tidak lindungi saya. Mereka melindungi rakyat Pasir Salak. Saya wakil rakyat mereka. Apa yang salah dengan mereka (berbuat demikian)?" katanya kepada Malaysiakini.

Beliau juga menyifatkan ia sebagai perkara "kehormatan dan maruah" selepas anggota parlimen Shah Alam itu memanggilnya "sial", sambil menambah pelakuan menghina beliau dalam Dewan Rakyat sama seperti menghina kawasannya.

Khalid menggunakan perkataan itu semasa perdebatan dalam Dewan Rakyat yang dicetuskan oleh kenyataan Tajuddin tentang nama Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok.

Bagaimanapun, Tajuddin menegaskan beliau hanya merujuk kepada nama keluarga ahli parlimen Seputeh itu dengan menggelar Teresa sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Ditanya tentang penaja kumpulan itu untuk memasuki kawasan Parlimen, Tajuddin berkata: "Bagaimana saya tahu. Anda fikir mereka bodoh? Mereka tahu bagaimana untuk melakukannya?".

Dalam sidang media di Parlimen, Khalid menyifatkan tindakan anak Tajuddin itu sebagai bapa borek, anak rintik.

Like father like son (bapa borek, anak rintik),” ujar beliau kepada pemberita.

Tajuddin mohon maaf dahulu

Khalid turut menggesa supaya MP Pasir Salak itu memohon maaf secara terbuka kepada Kok dan MP Batu Kawan, Kasthuri Patto.

Sekiranya Tajuddin berbuat demikian, beliau bersedia untuk memohon maaf terhadap menteri Umno itu, tambah Khalid.

“Saya nak dia minta maaf pada Teresa (Kok) dan Kasthuri atas kata-kata kesat dan tindakan tidak hormat dia atas tindakan kepada dua wanita ini.

“Kalau dia nak minta saya minta maaf tak payah hantar anak-anak, penyokong dia, dengan makcik datang nak pukul saya. Mudah sahaja, minta maaf dengan Teresa (Kok) dan Kasturi.

“Kalau kamu minta maaf dengan Teresa (Kok) dan Kasturi, ia akan terus boleh bersihkan imej kamu,” katanya.

Sementara itu, Kok pula berkata, sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah, beliau bersedia untuk pergi menjadi saksi bagi pihak Khalid.

“Saya rasa kesal. Kerana apa yang dinyatakan oleh (MP) Pasir Salak itu boleh dihentikan pada hari itu sahaja tapi nampaknya ia dipanjangkan sampai ada keganasan yang berlaku di parlimen.

“Bagi saya, kalau ada tindakan mahkamah terhadap Tajuddin, saya dan Kasturi akan jadi saksi dan kami sudi kerjasama kepada YB Khalid Samad kerana dia bercakap untuk kami,” kata Kok lagi.

Kasthuri pula berkata, sekiranya Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berjaya mengawal keadaan pada hari tersebut, sudah tentu kejadian hari ini tidak berlaku.

“Insiden ini tak perlu dipanjangkan kalau speaker Dewan Rakyat menegur dan arah Pasir Salak tarik balik kenyataan kesat.

“Tetapi speaker sendiri biarkan Pasir Salak 'escape' dengan kenyataan itu maka beliau guna itu untuk melindungi diri dia,” katanya.

Khalid berkata beliau akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS