Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Kekayaan rakyat Malaysia susut 7.2 peratus pada 2016'
Diterbitkan:  Nov 28, 2016 10:56 AM
Dikemaskini: 3:21 AM

Laporan Global Wealth yang dikeluarkan pada November menunjukkan bahawa jumlah kekayaan AS$474 yang dikumpulkan oleh rakyat Malaysia, hanya adalah 0.2 peratus daripada kekayaan dunia, kata Institut Penyelidikan Credit Suisse (CSRI).

Laporan itu menyebut jumlah kekayaan isi rumah di Malaysia menurun AS$26 bilion atau 5.2 peratus.

Walaupun laporan itu mengkategorikan Malaysia sebagai kumpulan berpendapatan sederhana atasan dengan produk negara kasar berjumlah AS$20,100 bagi setiap orang dewasa, ia mengklasifikasikan kualiti data kekayaan negara sebagai "miskin".

Menurut laporan itu yang mencatatkan penjanaan kekayaan di seluruh dunia, 19 juta rakyat di Malaysia menjana kekayaan AS$ 24,429 bagi setiap orang dewasa pada 2016.

Perangkaan itu adalah penurunan sebanyak AS$1,894 atau 7.2 peratus berbanding 2015.

Sementara itu, rakyat dewasa di Singapura dilaporkan mempunyai kekayaan purata AS$276,885 pada 2016. Ini adalah lebih sepuluh kali ganda berbanding dengan rakyat di Malaysia.

Purata hutang orang dewasa di Malaysia pula meningkat daripada AS$7,054 pada 2015 kepada AS$ 7,462 pada tahun ini.

Laporan itu menyebut Malaysia, yang sebelum ini dalam kategori "intermediate wealth group" atau "kumpulan kekayaan pertengahan” dengan purata kekayaan dalam lingkungan AS$25,000 hingga AS$100,000 telah terkeluar daripada kategori berkenaan.

Ia kini dalam lingkungan "frontier wealth" atau "sempadan kekayaan" iaitu mereka yang menjana AS$5,000 hingga AS$25,000 bagi setiap rakyat dewasa.

Golongan ini meliputi sebahagian besar negara di dunia dan kebanyakannya terdiri daripada negara yang ramai penduduknya termasuk China, Russia, Brazil, Mesir, Indonesia, Filipina, dan Turki, kata laporan itu.

"Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Malaysia dan Poland berlegar berhampiran tahap AS$25,000 ini, tetapi hari ini kedua-duanya telah jatuh di bawah tahap itu," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS