Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Imam al-Aqsa puji Pulau Pinang
Diterbitkan:  Nov 30, 2016 9:58 PM
Dikemaskini: 2:02 PM

"Masha-Allah, ini sangat cantin. Pulau Pinang dirahmati," itu kata Imam Masjid al-Aqsa ketika dibawa melihat panorama negeri itu dari pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.

Sheikh Ali Omar Yacoub Al-Abbasi menjadi tetamu Lim yang membawanya ke tingkat 28 bangunan Komtar yang menempatkan ADUN Air Puteh itu.

Kata-kata itu diucapkan Sheikh Ali Omar ketika melihat pemandangan selat yang memisahkan pulau dan Seberang Perai. Di kejauhan beliau melihat dua jambatan yang menghubungkan kedua-dua kawasan berkenaan.

Menurut Lim, Sheikh Ali Omar bercadang melawat ke beberapa pelabuhan selepas mengambil gambar bersama beberapa anggota exco negeri.

Kata Lim, lawatan Sheikh Ali Omar menjadi kenyataan hasil usaha Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim.

Dalam lawatan ke Pulau Pinang kata Lim Sheikh Ali Omar memuji langkah kerajaan kerana menghormati orang Islam dan bukan Islam.

"Kami amat gembira seseorang yang dihormati menjejakkan kaki ke Pulau Pinang," katanya pada sidang media.

Masjid al-Aqsa adalah masjid ketiga paling suci dalam Islam selepas Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Ia pernah menjadi kiblat kepada umat Islam sebelum Makkah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS