Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan kartunis politik Zunar menghasilkan karya-karya yang baik jika mahu mempamerkannya.

Secara berseloroh, Khalid berkata Zunar atau nama sebenarnya “Zulkiflee Anwar Ulhaque” boleh melukis kartun-kartun seperti “Mcdonalds dan Donald Duck”.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada Zunar dibenarkan mempamerkan kartun-kartun kepada awam.

Khalid bagaimanapun berkata, jika Zunar tetap mahu mempamerkan kartun-kartunnya yang meninghina pemimpin, beliau haruslah berdepan tindakan daripada aspek undang-undang.

Kertas siasatan berhubung kartunis politik, Zunar, yang mengadakan pameran di Komtar, di Georgetown Jumaat lalu hampir siap selepas polis mengambil keterangan daripada tujuh individu.

Sabtu minggu lalu, Zunar ditahan untuk membantu siasatan berhubung pameran kartun beliau yang diganggu oleh sekumpulan anggota Pemuda Umno setempat.

Menurut Rafizal, kartun lakaran Zunar itu menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan polis merampas semua kartun yang dipamerkan untuk siasatan.

Sementara itu, Khalid turut menolak dakwaan Malaysia kini menjadi bahan ketawa dunia susulan tindakan terhadap kartunis satira itu.

“Hanya sesetengah pihak macam kamu saja yang ketawa,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS