Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Apakah MCA takut pada DAP, tanya Pemuda Umno
Diterbitkan:  Dec 2, 2016 3:53 PM
Dikemaskini: 7:56 AM

Pertembungan antara Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjadi semakin panas apabila mendakwa MCA sebagai takut bersaing dengan DAP.

"(Datuk Seri) Liow (Tiong Lai) tidak seharusnya mengatakan kegagalan MCA dalam memperolehi undi kaum Cina dalam pilihanraya adalah masalah BN sedangkan MCA takut menyaingi DAP.

"Saya rasa tidak wajar bagi Liow untuk 'terlebih melatah' dan menuding jari kepada kepimpinan BN jikalau pemimpin-pemimpin MCA sendiri takut berhadapan dengan pemimpin DAP.

"Ramai orang hairan mengapa pemimpin-pemimpin MCA tidak berani kritik pemimpin-pemimpin DAP," kata beliau yang popular dengan gelaran Azwan Bro dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Liow semalam yang berkata, parti-parti komponen BN tidak harus dipersalahkan kerana trend pengundian masyarakat Cina.

Semua parti-parti komponen bertanding sebagai calon BN dalam pilihan raya dan keputusan yang terhasil adalah daripada usaha bersama semua pihak.

"Dalam pilihan raya, MCA memperjuangkan hak-hak masyarakat Cina dan mempertahankan kepelbagaian budaya. Kami bertanding di bawah tiket BN dan kita tidak gunakan logo MCA atau parti lain.

"Tidak kira parti komponen yang mana kalah, ia adalah kerugian bagi BN dan bukan masalah (parti komponen). Ini adalah masalah BN.

"Kami tidak boleh melihat perkara ini secara berasingan, anda tidak boleh kata ini masalah MCA, Gerakan atau MIC. Ini adalah masalah BN...BN harus bermuhasabah dan tidak salahkan, menuding jari antara satu sama lain," tambah Liow.

Mengulas lanjut, Azwan Bro berkata, MCA sepatutnya melihat bagaimana UMNO berhadapan dengan isu fundamental Islam yang amat sensitif dan tetap dengan pendirian sederhana dan berani mengambil risiko demi kerukunan BN dan negara.

"Sepatutnya MCA tampil mengajak pengundi Cina merenung sejenak semangat di sebalik ucapan saya.

"Bukankah banyak bukti bagaimana melalui BN kepentingan masyarakat Cina terbela contohnya sekolah Cina yang walaupun banyak desakan dibuat tetapi MCA mampu mempertahankan kerana inilah semangat BN sebenar.

"Jadi janganlah hanya inginkan yang manis manis sahaja tetapi soal risiko dan berhadapan dengan DAP diambil jalan selamat," jelasnya.

Beliua turut menzahirkan keyakinan bahawa ramai ahli-ahli MCA mahu melihat pemimpin mereka berani dan lantang lawan musuh politik.

"Presiden MCA keluarlah dari kepompong pemikiran selesa yang berselindung di sebalik rahmat perkongsian kuasa.

"Keluarlah dari terus terperangkap dengan naratif DAP dan terkongkong dalam pembulian minda cauvanis parti itu," tambahnya.

Lihat Komen
ADS