Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perwakilan mahu ahli Umno jadi Menteri Pengangkutan
Diterbitkan:  Dec 2, 2016 5:38 PM
Dikemaskini: 9:43 AM

Seorang ahli parlimen Umno hari ini mencadangkan Kementerian Pengangkutan seharusnya diterajui oleh seorang menteri dari Umno.

“Saya mencadangkan menteri pengakutan kita beri kepada orang Umno.

“Banyak bos-bos kita yang di atas (pentas) ini yang layak.

“Kalau tak ada bos-bos kita yang kat atas, sahabat saya yang di bawah ini pun layak,” kata Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah ketika perbahasan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Kementerian Pengangkutan kini diterajui oleh presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sebelum ini, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein memegang portfolio itu, selepas MCA memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan kabinet berikutan keputusan buruk yang dicapai pada pilihan raya umum 2013.

Ketika itu, Ahmad berkata, Hishammuddin sebagai pemangku menteri memberi idea kepada kerajaan negeri Melaka untuk mewujudkan sebuah pelabuhan laut dalam, yang kini berjaya menarik pelaburan dari China.

“Asal dari idea dia (Hishammuddin) untuk dapat pelaburan buat pelabuhan laut dalam (di Melaka).

“Saya dengar bisikan Hisham kepada ketua menteri saya, Selat Melaka ini mempunyai satu potensi yang besar,” katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS