Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Umno sekat pelajar luar negara terpedaya dakyah pembangkang

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kerajaan menyedari mengenai bahaya taktik pembohongan yang menyakinkan amat berpotensi besar untuk dianggap sebagai kebenaran.

Justeru, program Transformasi Digital Kelab UMNO Luar Negara diharap dapat menangkis pembohongan sedemikian bagi bukan sekadar menyebarkan maklumat tetapi juga memberi keyakinan.

"Satu pembohongan secara meyakinkan dianggap sebagai satu kebenaran dan sebab itulah apa yang penting sekarang adalah kecepatan memberikan respon serta akses kepada respon.

"Dengan adanya aplikasi ini, ia akan memudahkan interaksi dan perkongsian maklumat yang lebih kondusif," kata Reezal semasa majlis pelancaran program itu yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Program tersebut bermatlamat untuk mengelak pelajar Malaysia yang berada di luar negara terpedaya dengan dakyah pembangkang yang berusaha keras mahu menjatuhkan pentadbiran Umno-BN.

Program tersebut juga difahamkan mendapat inspirasi melalui Transformasi Negara 2050 (TN50) yang diilhamkan oleh Najib.

Laman web dan aplikasi mudah alih ini akan menjadi platform yang mengandungi hebahan dan laporan aktiviti, berita terkini dan maklumat ahli kelab dari serata dunia.

Aplikasi mudah alih ini juga dimaklumkan dapat memudahkan ahlinya dalam berinteraksi dan membantu penyebaran informasi dengan lebih baik kepada pihak kerajaan dan parti.

Ia bakal menghubungkan 12,000 ahli kelab itu di 18 buah negara.

Lihat Komen
ADS