Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA tak takut DAP, Cina tak nak 'pelampau' Umno
Diterbitkan:  Dec 3, 2016 5:13 PM
Dikemaskini: 9:16 AM

Masyarakat Cina menolak BN kerana kenyataan berbaur fitnah oleh para pemimpin Umno dan bukannya kerana MCA gagal lantang bersuara menentang DAP, kata Setiausaha Agung Pemuda MCA Leong Kim Soon.

Leong berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang mendakwa MCA takut untuk bersuara menentang DAP sehingga tewas dalam pertempuran untuk menawan hati dan minda kaum itu.

"MCA tidak pernah takut berdepan DAP dan sentiasa terbuka dalam menghadapi pembangkang. Khairul Azwanlah antara yang perlu keluar dari zon selesa berjumpa akar umbi dan dengar suara rakyat.

"Jika beliau terus keluarkan kenyataan pelampau, pembangkang akan ambil kesempatan daripada keadaan itu dan akan menanggung kekalahan apabila kalah dalam pilihan raya akan datang," jelas Leong lagi.

Semalam, pertembungan antara Khairul Azwan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menjadi semakin panas apabila mendakwa MCA sebagai takut bersaing dengan DAP.

"(Datuk Seri) Liow (Tiong Lai) tidak seharusnya mengatakan kegagalan MCA dalam memperolehi undi kaum Cina dalam pilihanraya adalah masalah BN sedangkan MCA takut menyaingi DAP.

"Saya rasa tidak wajar bagi Liow untuk 'terlebih melatah' dan menuding jari kepada kepimpinan BN jikalau pemimpin-pemimpin MCA sendiri takut berhadapan dengan pemimpin DAP.

"Ramai orang hairan mengapa pemimpin-pemimpin MCA tidak berani kritik pemimpin-pemimpin DAP," kata beliau yang popular dengan gelaran Azwan Bro.

Mengulas lanjut, Leong turut mengeluh mengenai penghasilan oleh MCA untuk menjengah masyarakat Cina akan terhapus ekoran kata-kata pemimpin Umno sejak sekian lama.

Tambah beliau, Umno perlu memikul tanggungjawab dan bukannya menuduh atau menghina pihak lain.

Lebih penting lagi, tanya Leong, apakah serangan Khairul Azwan terhadap MCA dan presidennya akan membantu dalam memenangi undi.

Jika jawapannya tidak, ujar beliau, Azwan Bro perlu berhenti meracau.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS