Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Lima lelaki mengaku tak salah halang penjawat awam
Diterbitkan:  Dec 6, 2016 3:28 PM
Dikemaskini: 7:34 AM

Lima penduduk Taman Cheras Hartamas berhampiran Kuala Lumpur hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam di kawasan projek pemasangan menara Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ogos lalu.

Semua lima lelaki yang berusia antara 34 hingga 67 tahun itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersama menghalang penjawat awam melaksanakan tugasnya di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah.

Mereka - penjual pendingin hawa, Liong Chee Chew, 45; pesara Yap Ah Tai, 67; jurujual kereta terpakai, Lam Guan Loong, 34; mekanik, Yim Ah Ming, 52; dan juruprogram, Tan Teck Chye, 44 - dikatqkan enggan beredar dari kawasan berkenaan tanpa alasan munasabah selepas diarahkan pihak polis.

Utusan Malaysia melaporkan semua mereka didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Lihat Komen
ADS