Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

Pertubuhan Sekretariat Umat menyeru sami Buddha di negara ini tampil menyatakan pendirian mereka mengenai tindakan sesetengah pemimpin agama itu mengadakan demonstrasi mengecam Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusinya Aminuddin Yahaya berkata pertubuhan bukan kerajaan itu kecewa dan terkejut dengan tindakan sami terbabit.

“Kita sangat terkejut dan kecewa bagaimana seseorang yang dianggap pendakwah Buddha boleh terlibat dalam isu pembunuhan ini,” tegasnya pada sidang media di Pusat Islam di Kuala Lumpur hari ini.

Pada persidangan agung Umno lalu Najib mengesahkan akan menghadiri himpunan menyokong nasib etnik Rohingya yang diadakan di Kuala Lumpur pada 4 Disember.

Ekoran kenyataan itu sama kira-kira 30 sami Buddha mengadakan perhimpunan di depan kedutaan Malaysia di Yangon, Myanmar, pada Sabtu kerana membantah perdana menteri Malaysia yang didakwa mereka campur tangan dalam urusan dalaman negara berkenaan.

Sekretariat Umat mengadakan sidang media hari ini sebagai tanda menyokong langkah perdana menteri mengadakan himpunan membantah kekejaman ke atas etnik Rohingya pada 4 Disember itu.

Kata Aminuddin pembunuhan mana-mana orang yang tidak berdosa adalah bertentangan dengan ajaran Buddha.

“Kita mahu sami di Malaysia ini tampil nyatakan pendirian mereka terhadap saudara seagama mereka di sana - apakah asas tindakan membunuh orang lain tidak berdosa…?

“(Tindakan) ini bertentangan dengan ajaran agama Buddha,” katanya.

Sekretariat Umat merupakan gabungan 500 pertubuhan bukan kerajaan berasaskan Islam di seluruh Malaysia.

Antara anggota pertubuhan itu ialah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Young Professionals (YP), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

Lihat Komen
ADS