Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siasatan 1MDB: Keluarga Jho Low bertindak lindungi aset
Diterbitkan:  Dec 7, 2016 11:37 AM
Dikemaskini: 3:49 AM

Saudara-mara ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low sedang meninjau tindakan mahkamah untuk menghalang kerajaan Amerika Syarikat (AS) dari merampas aset-aset yang terbabit dalam siasatan dana skandal 1MDB, menurut fail mahkamah AS.

Reuters melaporkan empat saudara Jho Low merancang memfailkan tindakan mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman minggu ini bagi membolehkan hartanah dan aset lain dipindahkan kepada pemegang amanah yang baru, menurut usul Mahkamah Persekutuan di Los Angeles pada Isnin yang lalu.

Usul berkenaan bertujuan menangguhkan perbicaraan kes berkenaan kepada tarikh lain dengan penyataan bahawa terdapat usaha membawa kes itu ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman.

Jho Low merupakan antara individu yang dinamakan dalam tindakan undang-undang sivil yang difailkan awal tahun ini oleh Jabatan Keadilan AS atas dakwaan lebih daripada AS$3.5 bilion telah diselewengkan daripada dana 1MDB.

Menurut fail, langkah untuk mencuba mahkamah di tempat lain dibuat ekoran bantahan kerajaan AS terhadap usaha oleh saudara-mara Low untuk memindahkan aset kepada pemegang amanah yang baru.

Kerajaan AS mempersoalkan, antara lain, mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman adalah lokasi yang sesuai untuk membuat permintaan seperti itu.

Menurut Bloomberg, empat saudara-mara Low itu termasuk bapa dan abangnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS