Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gugur dakwaan ‘semberono’, kata Suaram
Diterbitkan:  Dec 7, 2016 1:16 PM
Dikemaskini: 9:15 AM

NGO pemantau hak asasi Suaram menggesa pihak berkuasa supaya menggugurkan pertuduhan terhadap lima individu atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam di kawasan projek pemasangan menara Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Cheras Hartamas, Hulu Langat Ogos lalu.

Pengarah Eksekutif Suaram D Sevan berkata tuduhan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas mereka adalah tidak wajar dan remeh.

‘Bagaimana ‘penjawat awam’ tersebut membuktikan yang mereka telah diganggu semasa menjalankan tugas?

“Apakah ‘tugas’ yang dikatakan itu, dan bagaimana mereka dikatakan menghalang apabila ‘tugas’ itu sendiri tidak ada?

“Demikian itu, pendakwaan yang menyatakan mereka menggangu tugas penjawab awam adalah sembrono dan tidak masuk akal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sevan berkata di sebalik keadaan yang meragukan dalam pendakwaan itu, kelima-lima lelaki itu tetap dikenakan bayaran ikat jamin sebanyak RM 3,000 seorang.

“Suaram menyeru agar pendakwaan terhadap individu-induvidu ini digugurkan serta-merta kerana kes ini sama sekali tidak berasas.

“Tambahan pula, Suaram menyeru agar kerajaan negeri Selangor supaya mencari segala saluran untuk menyelesaikan masaalah komuniti yang terjejas dengan pembinaan pencawang elektrik berkuasa tinggi di sekitar kawasan perumahan Cheras Hartamas,” katanya.

Semalam, penjual pendingin hawa, Liong Chee Chew, 45; pesara Yap Ah Tai, 67; jurujual kereta terpakai, Lam Guan Loong, 34; mekanik, Yim Ah Ming, 52; dan juruprogram, Tan Teck Chye, 44 mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersama menghalang penjawat awam.

Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS