Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Malulah MCA, kata Dr M
Diterbitkan:  Dec 7, 2016 1:50 PM
Dikemaskini: 6:10 AM

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas MCA, berikutan serangan parti Cina itu kerana bekerjasama dengan bekas perdana menteri itu.

Dalam tulisan terbarunya di blog, Mahathir menyeru MCA supaya mengimbas hubungannya dengan perdana menteri ‘kleptokratik’ Datuk Seri Najib Razak sebelum menyerang pakatan DAP-Mahathir.

"MCA tidak perlu bercakap tentang prinsip kerana ia hanya parti oportunis. Ia bukan MCA (yang diasaskan oleh) Tan Cheng Lock.

"Ia hanya sampingan bagi parti rasis Umno Najib sekarang," katanya.

Najib berdepan dakwaan mengamalkan rasuah berikutan penemuan sebanyak RM2.6 bilion pada akaun bank peribadinya.

Bagaimanapun, Peguam Negara membebaskannya daripada pertuduhan itu, dengan berkata bahawa wang berkenaan adalah sumbangan politik daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Pengkritiknya mendakwa dana tersebut adalah dari 1MDB, tetapi Najib secara konsisten menafikan dirinya menyalahgunakan dana awam.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata bagi MCA adalah salah bagi DAP bekerjasama dengan dirinya tetapi sedia bekerjasama dengan Najib.

“Atau adakah MCA sedar apa yang dilakukan Najib kepada Umno, BN dan negara.

“Jika dia tidak, saya ingin beritahunya bahawa di bawah pentadbiran Najib, Malaysia telah diklasifikasikan sebagai salah satu daripada negara sepuluh yang paling korup di dunia,” katanya.

Menurut Mahathir, Najib sekarang menganggap percaturan utama adalah antara Umno dan DAP kerana mempercayai bahawa politik Malaysia adalah mengenai bangsa Melayu melawan Cina.

dap national congress 041216 mahathir lim kit siang lim guan eng wan azizah mat sabu 2Berdasarkan kepercayaan itu, Mahathir berkata, Najib cuba melakarkan semula sempadan perlembagaan untuk memisahkan orang Melayu daripada Cina.

Bekas perdana menteri itu juga mengingatkan MCA bahawa DAP adalah parti berbilang kaum yang menyokong semua peruntukan Perlembagaan Malaysia, iaitu sistem beraja, hak-hak istimewa Melayu, bahasa Melayu sevagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama persekutuan.

“Begitu juga sambutan DAP ulang tahun ke-50 dijalankan sepenuhnya dalam bahasa kebangsaan,” katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS