Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Krisis Rohingya bukan pembunuhan beramai-ramai - Kofi Annan
Diterbitkan:  Dec 7, 2016 1:59 PM
Dikemaskini: 6:06 AM

Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan berkata tidak ada pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar.

Bercakap kepada BBC dalam satu temu bual selepas melawat negeri Rakhine, di mana pembersihan etnik dikatakan berlaku, Annan berkata terdapat ketegangan tetapi bukan pembunuhan beramai-ramai.

"Saya rasa terdapat ketegangan, terdapat perlawanan, tetapi saya tidak akan meletakkannya dengan cara  yang sesetengah orang lakukan," katanya.

Annan dijemput oleh pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi untuk menyelia sebuah suruhanjaya bagi mengkaji keadaan di Rakhine.

"Ketakutan telah meningkat, tetapi kita perlu mencari jalan untuk meredakannya dan mula menggalakkan masyarakat untuk berhubung" Annan memberitahu BBC.

Beliau juga menasihatkan pemerhati supaya "sangat berhati-hati" apabila menggunakan istilah pembunuhan beramai-ramai.

Berpuluh-puluh ribu Rohingya menjadi pelarian dan mendakwa terdapat kes-kes rogol, penyeksaan dan pembunuhan skala besar.

Kerajaan Myanmar menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadiri perhimpunan Ahad lepas, menggesa kerajaan Myanmar menamatkan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Rohingya sehingga tindakan itu menimbulkan kontroversi.

Himpunan ini juga menyebabkan ketegangan diplomatik antara Malaysia dan Myanmar, dengan negara itu memetik acara itu sebagai melanggar dasar tidak campur tangan Asean.

Lihat Komen
ADS