Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesawat udara PIA hilang di Pakistan
Diterbitkan:  Dec 7, 2016 9:10 PM
Dikemaskini: 11:36 PM

Sebuah pesawat udara komersial membawa sekurang-kurangnya 40 penumpang dan anak kapal terhempas di utara Pakistan hari ini dan saksi berkata kemungkinan besar tiada sesiapa terselamat dalam nahas berkenaan.

Media melaporkan pesawat itu berlepas dari Chitral yang terletak berhampiran sempadan Pakistan - Afghanistan menuju Islamabad.

Memetik Pakistan International Airline, dpa melaporkan pesawat ATR-42 itu terputus hubungan dengan menara kawalan beberapa minit sebelum ia sepatutnya mendarat.

Polis tempatan memberitahu dpa pesawat itu terhempas di kawasan pergunungan.

 

Reuters pula melaporkan sumber tentera mendakwa 21 mayat sudah ditemui setakat 10.30 malam ini dan operasi mencari serta menyelamat masih berlangsung.

Pegawai kerajaan tempatan berkata semua mayat rentung dan cebisan kapal terbang itu bertaburan di kawasan berkenaan.

 

"Sebelum terhempas pesawat udara itu didapati terbakar," katanya.

Pakistan International Airlines (PIA) berkata kapal terbang itu membawa 48 orang termasuk lima kru dan seorang jurutera namun Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan sebelum itu mendakwa ada 47 orang dalam pesawat udara malang itu.

Pegawai lain pula memberitahu media kapal terbang itu mengalami masalah enjin, namun mengingatkan masih terlalu awal untuk mengesahkan punca tragedi berkenaan.

Lihat Komen
ADS