Paling Popular
Terkini
story images
story images

Tidak ada yang terselamat selepas pesawat yang membawa 47 orang terhempas di sebuah gunung di utara Pakistan pada hari Rabu, kata pengerusi syarikat penerbangan itu, ketika operasi mencari berterusan sehingga lewat malam di lokasi nahas.

Tentera berkata 40 mayat ditemui dan usaha menyelamat melibatkan kira-kira 500 askar, doktor dan paramedik. Mayat telah dipindahkan ke Pusat Perubatan Ayub di Abbottabad.

"Tiada mangsa yang terselamat," kata Muhammad Azam Saigol, pengerusi bagi Pakistan International Airlines. Pesawat PK661 yang terhempas itu, ketika dalam penerbangan dari Chitral ke ibu negara, Islamabad..

PIA berkata kapten penerbangan telah melaporkan kehilangan kuasa pada satu enjin beberapa minit sebelum pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan..

Syarikat penerbangan itu berkata, pesawat itu terhempas pada jam 4.42 petang waktu tempatan (7.42 petang semalam waktu Malaysia) di kawasan Havelian di wilayah Khyber-Pakhtunkhwa, kira-kira 40 kilometer ke utara Islamabad. Chitral, yang merupakan destinasi pelancongan popular di Pakistan.

Junaid Jamshed, bintang pop terkenal Pakistan yang meninggalkan karier nyanyian untuk menyertai satu kumpulan tabligh, adalah antara penumpang pesawat itu, kata seorang pegawai syarikat penerbangan.

Saigol berkata pesawat turboprop ATR itu telah menjalani penyelenggaraan yang kerap dan pada bulan Oktober lalu, ia telah lulus pensijilan penyelenggaraan"A-check", yang dilakukan selepas setiap 500 jam penerbangan.

Beliau berkata, siasatan penuh kemalangan itu, yang melibatkan agensi-agensi antarabangsa, akan dijalankan.

"Semua mayat terbakar dan sukar dikenal pasti. Serpihan bertaburan," kata Taj Muhammad Khan, seorang pegawai kerajaan yang berpangkalan di Havelian, kepada Reuters.

Khan, yang berada di lokasi kemalangan, berkata saksi memberitahu beliau bahawa "pesawat itu terhempas di kawasan pergunungan, dan terbakar".

Televisyen Pakistan menunjukkan jejak bangkai pesawat itu terbakar di lereng gunung.

Irfan Elahi, setiausaha penerbangan kerajaan, memberitahu media bahawa pesawat itu mengalami masalah enjin tetapi ia terlalu awal untuk menentukan punca kemalangan itu.

Tiga penumpang warga asing

Dalam satu kenyataan pada lewat malam, PIA berkata, pesawat itu membawa 47 orang, termasuk lima kru dan 42 penumpang. Sebelum itu, syarikat penerbangan itu berkata terdapat 48 orang dalam pesawat itu.

Syarikat penerbangan itu berkata dua warga Austria dan seorang warga China, semuanya lelaki, berada dalam pesawat itu. Senarai penumpang menunjukkan tiga orang dengan nama rakyat asing.

Jurucakap Menteri Luar Austria kemudian mengesahkan dua rakyat Austria terkorban dalam nahas itu.

Seorang peniaga tempatan berkata kebakaran berterusan hampir dua jam selepas nhas itu.

"Mereka mengeluarkan bahagian mayat," kata Nasim Gohar kepada Geo TV.

Tentera berkata ia telah menghantar anggotanya dan helikopter.

"PIA melakukan segala yang mungkin untuk membantu keluarga penumpang dan anak kapal," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Penyanyi pop Jamshed, anggota kumpulan rock pertama yang berjaya di Pakistan pada tahun 1990-an, meninggalkan karier nyanyiannya untuk menyertai kumpulan Tablighi Jamaat, yang bergerak di seluruh Pakistan dan di luar negara menyebar syiar Islam.

Dalam tweet terakhirnya, Jamshed menyiarkan gambar gunung yang dilitupi salji, yang dikenali sebagai "Heaven on Earth" di Chitral.

Nahas udara bukan luar biasa di Pakistan dan standard keselamatan sering dikritik. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, media telah melaporkan berbilang insiden yang hampir membawa nahas seperti pesawat terlajak landasan dan insiden enjin terbakar.

Pada tahun 2010, sebuah pesawat penumpang terhempas dalam hujan lebat berhampiran Islamabad, membunuh kesemua 152 di dalamnya. Dua tahun kemudian, pesawat yang dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta Pakistan, dengan 127 orang di dalamnya, terhempas berhampiran Islamabad. Semua di dalam pesawat itu terbunuh.

PIA juga telah mengalami bencana besar pada masa lalu.

Pada tahun 1979 dan 1992, pesawat PIA terhempas di Jeddah, Arab Saudi, dan di Kathmandu, membunuh 156 dan 167 orang di dalamnya.

Pada tahun 2006, sebuah pesawat PIA terhempas berhampiran pusat bandaraya Multan, membunuh 45 orang. [Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS