Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ceroboh surau, buruh dipenjara 2 bulan, denda RM1,000
Diterbitkan:  Dec 8, 2016 4:49 PM
Dikemaskini: 8:52 AM

Akibat menceroboh masuk ke dalam sebuah surau di sini, Ahad lepas, seorang buruh binaan dihukum penjara dua bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di ibunegara hari ini.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Khairul Rashid Mohd Roslan, 30, selepas tertuduh mengaku bersalah menceroboh Surau Madrasahtul Bakariah, Sentul, pada jam 2.40 pagi.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 4 Disember lepas dan penjara dua bulan lagi jika gagal membayar denda.

Mohd Khairul Rashid didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau dengan denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, penduduk setempat menangkap tertuduh yang bersenjatakan kayu selepas menceroboh masuk ke dalam surau itu dan mengalami kecederaan ketika berlaku pergelutan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Farith Muhd Faizal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

- Bernama

Lihat Komen
ADS