Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Apakah AG ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim mempersoalkan sama ada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempunyai kuasa melindungi sesiapa sahaja yang melakukan jenayah.

Ini berikutan kenyataan menteri undang-undang pada 2011, Datuk Seri Nazri Aziz yang memberitahu parlimen bahawa peguam negara tidak mempunyai kusa melindungi mana-mana individu yang melakukan tindakan jenayah berdasarkan pertimbangan politik.

Justeru itu, Mat Zain mempersoalkan bagaimana Apandi boleh membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku berkaitan kes 1MDB dan SRC International pada Januari tahun lepas.

"Isu di sini ialah jika pada tahun 2011 Nazri yang bercakap sebagai menteri dalam kabinet Najib mengesahkan bahawa peguam negara tidak mempunyai kuasa untuk melindungi sesiapa sahaja atas alasan politik, di mana Apandi mendapatkan hak atau kuasa melindungi Najib daripada sebarang salah laku mengenai derma RM2.6 bilion dan SRC," katanya.

Nazri ketika itu menjawab soalan Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang berhubung surat terbuka Mat Zain berkenaan wang RM40 juta yang dijumpai dalam beberapa akaun bank bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Ia didakwa diperoleh melalui penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang kemudian disiasat badan pencegah rasuah.

Mat Zain berkata negara menghadapi keadaan yang sama apabila wang berjumlah RM42 juta daripada SRC ditemui dalam akaun peribadi Najib.

Apandi, katanya, kemudian mengisytiharkan Najib tidak melakukan sebarang jenayah.

[Baca berita penuh

Lihat Komen
ADS