Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Sabah negeri kleptokratik, paling miskin'
Diterbitkan:  Jan 9, 2017 4:32 PM
Dikemaskini: 8:50 AM

Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, gejala rasuah dan salah guna kuasa yang melampau adalah punca kegagalan untuk menangani aspek kemiskinan di Sabah dengan baik.

Lim berkata, dengan itu, Sabah menjadi negeri paling kleptokratik dengan menjadikan skandal rasuah puluhan juta ringgit melibatkan Jabatan Air Sabah sebagai bukti.

“Orang Sabah wajar bertanya, di sebalik segala kekayaan hasil mahsul Sabah, kemiskinan di Sabah pula terlalu teruk sehingga Sabah telah menjadi negeri termiskin di negara ini," kata beliau, memetik laporan Roketkini.

Jelasnya, walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menahan beberapa pegawai kerajaan sebelum ini, ia bukanlah satu kejayaan besar terhadap kempen anti-rasuah agensi itu.

“Jika China dan Indonesia telah berjaya menangkap dan memenjarakan 'harimau' dan 'buaya' dalam kempen anti-rasuah mereka, SPRM masih gagal memenjarakan “jerung” negara ini.

“Kejayaan kempen anti-rasuah hanya akan berjaya jika SPRM dapat menangkap “jerung-jerung politik” negara ini," katanya.

Tumpuan SPRM terhadap kakitangan awam semata-mata tidak akan memberi kejayaan besar terhadap kempen anti-rasuah tersebut, tegas beliau.

Justeru, menurut Lim, demi memulihkan semula keadaan negara dan Sabah, perubahan perlu dilakukan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

“Pakatan Harapan Sabah menawarkan kepada rakyat Sabah satu pilihan iaitu antara demokrasi ataupun kleptokrasi.

“Tawaran ini bukan sahaja di Sabah semata-mata, tetapi juga di seluruh Malaysia,” katanya.

Lihat Komen
ADS