Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak pandangan penganalisis politik yang membayangkan bahawa pembangkang akan tetap kalah pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Sebaliknya, kata Anwar yang kini meringkuk di penjara Sungai Buluh, Selangor, sekarang adalah masa yang tepat untuk perubahan.

Bercakap kepada pemberita semasa hadir pada perbicaraan sebuah kes mahkamah di Putrajaya hari ini, Anwar berkata, penganalisis dan pemerhati politik membuat bacaan yang sama pada tahun 2008 dan 2013 iaitu pembangkang tidak akan menang.

"Pembangkang mempunyai keupayaan dan kita mesti mula bekerjasama. Kita mesti mulakan rundingan agihan kerusi.

"Sekarang adalah masa yang sesuai untuk perubahan. Adalah sesuatu yang tragis untuk negara jika kita membenarkan penyalahgunaan (oleh kerajaan BN kini) berterusan," katanya.

Antara lain, penganalisis berdasarkan ramalan mereka terhadap perpecahan pembangkang berikutan terkuburnya Pakatan Rakyat, dan kegagalan mereka menyediakan parti alternatif kepada BN.

Walaupun Anwar tidak dapat menghuraikan penyalahgunaan yang dikatakannya, beliau dipercayai merujuk kepada kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang sedang berdepan kemelut skandal 1MDB, yang kini dibicarakan di beberapa mahkamah di arena antarabangsa, kecuali di Malaysia.

Ahli ekonomi terkenal Jomo Kwame Sundaram, minggu lalu meramalkan pilihan raya umum akan datang akan diadakan pada bulan April dan katanya, kemungkinan besar bahawa pembangkang akan kalah dan kemenangan berpihak kepada BN.

Sementara itu, Ooi Kok Hin dari Institut Pulau Pinang juga dipetik, dalam artikel yang disiarkan di majalah The Diplomat, bahawa terdapat empat sebab untuk BN kekal berkuasa: penyelewangan pilihan raya, kegagalan institusi, perpecahan parti politik dan masalah masyarakat.

Pembangkang dilihat sebagai berpecah-belah walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya membentuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan bergabung dengan pembangkang Pakatan Harapan, yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Negara.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS