Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Mengapa serah projek rumah kos rendah kepada firma China?'
Diterbitkan:  Jan 19, 2017 11:37 AM
Dikemaskini: 4:41 AM

Kontroversi pelantikan syarikat pembinaan daripada negara China sebagai kontraktor perumahan di Perak dipersoalkam sedangkan projek-projek berkenaan tidak memerlukan kepakaran asing.

Merujuk perjanjian kerajaan negeri Perak dengan firma China Huashi Enterprises Company Limited dalam melaksanakan projek fasa kedua Rumah Mampu Milik D Aman Residensi di Meru Raya, Parti Amanah Negara (AMANAH) mempersoalkan kewajaran itu.

“Kami mempersoalkan apakah kewajaran kerajaan negeri memberikan projek tersebut kepada syarikat asing sedangkan masih banyak pemaju dan syarikat tempatan yang mampu melaksanakan projek tersebut.

“Sedangkan, pembinaan rumah mampu milik bukanlah satu projek yang memerlukan kepakaran tertentu yang memungkinkan untuk memilih syarikat asing sebagai pemaju,” kata Ketua Pemuda AMANAH Perak Hasnul Zulkarnain dalam satu kenyataan.

Menurutnya, projek-projek seumpama itu sewajarnya ditawarkan kepada pemaju tempatan dan ia secara tidak langsung memberi manfaat kepada rakyat di negeri Perak.

Hasnul juga menyoal sama ada kontraktor yang dipilih melalui tender atau pilihan secara mutlak oleh kerajaan negeri Perak?

“Adakah kontraktor daripada China ini menawarkan kos pembinaan yang jauh lebih rendah daripada syarikat-syarikat tempatan?

“Sekiranya kosnya jauh lebih rendah, kami berharap tawaran perumahan kepada rakyat diberikan dengan harga yang lebih rendah dan berpatutan berbanding harga ketika ini.

“Tawarkan rumah yang benar-benar mampu milik, bukan hanya mampu tengok!” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS