Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib: Penyusunan semula FIC akan perkukuh Felda
Diterbitkan:  Jan 19, 2017 5:01 PM
Dikemaskini: 9:45 AM

Penyusunan semula Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkukuh lagi sayap pelaburan dan perniagaan FELDA, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Catatan terbaru beliau dalam blog NajibRazak.com, hari ini, perdana menteri berkata: "Hasrat Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad untuk menyusun semula Ahli Lembaga Pengarah FIC, adalah sejajar dengan matlamat tersebut."

"Saya percaya usaha-usaha lain akan dibuat bagi memastikan perniagaan Felda terus berkembang dan mencatat keuntungan yang akan memberi lebih manfaat kepada warga peneroka," katanya.

FIC merupakan anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan bukan perladangan.

Objektif utama FIC ialah memberi tumpuan terhadap perniagaan strategik melalui pemerolehan atau kolaborasi yang mungkin memberi faedah kepada syarikat dan pihak berkepentingannya dalam jangka panjang.

Dalam temu bual bersama Bernama Selasa lepas, Shahrir yang baru dilantik, berkata semua ahli lembaga pengarah FIC diarah meletak jawatan dalam usaha untuk menyusun semula syarikat tersebut dan melaksanakan urus tadbir yang baik.

Ini merupakan langkah pertama yang utama bagi FELDA sejajar dengan pengumuman awal beliau mengenai rombakan pengurusan yang besar dalam FELDA.

- Bernama

Lihat Komen
ADS