Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
NGO Rafizi rupa-rupanya di belakang panggilan telefon 'intipan'

BN ternyata tidak terlibat dengan tinjauan melalui telefon yang mencetuskan kegemparan di media sosial dalam tiga minggu terakhir.

Sebaliknya, tinjauan yang ingin tahu siapakah pilihan pemilih dalam pilihan raya umum akan datang, digerakkan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli melalui NGO Invoke Centre for Policy Initiatives (I-CPI).

Tinjauan dari 25 Disember 2016 hingga 17 Januari tahun ini, mencetuskan kebimbangan sebahagian responden apabila mereka mendengar rakaman suara wanita yang bertanya sama ada BN patut dipersalahkan susulan peningkatan kos hidup.

Ini diikuti oleh soalan sama ada mereka akan mengundi BN, Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau PAS.

Begitu juga dengan soalan berkaitan kaum, jantina dan umur mereka.

Terdapat responden menyangka mereka sedang diintip oleh BN dan mula menyebarkan mesej melalui media sosial dan WhatsApp dalam perbagai bahasa supaya orang ramai mematikan telefon atau berisiko dipadam daripada daftar pemilih.

Bagaimanapun, I-CPI tetap berjaya mendapatkan reaksi 104,340 daripada 8.36 juta nombor telefon yang dihubungi.

Raifiz berkata tinjauan itu antara yang paling lengkap di Malaysia.

Malah, kata pemimpin muda pembangkang itu, ia membuktikan ramalan bahawa BN akan menang dalam pilihan raya umum ke-14 salah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS