Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Nampaknya bulan masih mengambang di hati DAP'
Diterbitkan:  Jan 23, 2017 5:18 PM
Dikemaskini: 9:27 AM

Pemuda MCA mendakwa kesediaan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang untuk menghulurkan salam perdamaian kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan bahawa parti itu sedia mengabaikan hak masyarakat bukan Islam.

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon berkata kesediaan Lim untuk sekali lagi bekerjasama dengan PAS menyerlahkan tembelang sebenar DAP untuk merampas Putrajaya dengan apa cara sekalipun.

"DAP akan menyatakan dan melakukan apa sahaja demi untuk merampas kuasa, terutamanya dengan menarik sokongan pelampau agama dan dengan menjual hak serta kepentingan masyarakat bukan Islam.

"Slogan DAP ini adalah tidak lain daripada menjual kepentingan bukan Islam yang pada dasarnya, DAP sanggup bekerjasama dengan PAS sekali lagi," kata Chong dalam satu kenyataan hari ini.

Buat masa ini, Chong berkata, hakikatnya adalah bahawa DAP mempunyai hubungan kerja dengan PAS di Selangor, memandangkan kedua-dua parti mempunyai wakil dalam kabinet negeri.

Perkembangan terbaru menunjukkan bahawa Lim pada asasnya sedang menyanyi "bulan mengambang di hatiku" sekali lagi, kata Chong dalam nada menyindir.

Chong merujuk kepada sebuah lagu pop Mandarin yang dipopularkan oleh penyanyi Taiwan Teresa Teng pada 1970-an.

Semalam, Lim menyuarakan pendapat peribadinya bahawa dirinya sedia bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika beliau berkongsi komitmen sama dalam memerangi kleptokrasi.

Katanya, isu itu akan menjadi agenda negara dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang dan menyoal jika Abdul Hadi sanggup membuat sebarang komitmen.

Muktamar PAS pada tahun 2014, sebulat suara bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Ini susulan DAP menuduh PAS mahu mencapai matlamat teokratik, yang bertentangan dengan rangka perjanjian kerjasama Pakatan Rakyat yang tumbang selepas itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS