Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TPPA: Keputusan Amerika kecewakan industri sawit negara
Diterbitkan:  Jan 24, 2017 1:54 PM
Dikemaskini: 5:58 AM

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Mah pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini berkata industri perladangan tempatan khususnya sawit kini tidak berpeluang menikmati cukai eksport yang lebih rendah di negara itu dan juga untuk meneroka pasaran komoditi baru dari kalangan 12 negara anggota TPP.

“Saya kecewa dengan keputusan AS menarik diri daripada TPPA setelah beberapa tahun bersusah-payah merangka perundangan. Malah ia bakal menjejaskan pulangan eksport sawit negara.

“Dijangka Malaysia kehilangan potensi eksport sawit mencecah berbilion ringgit jika perjanjian ini tidak diteruskan.

“Kami berharap AS mengkaji semula keputusan mereka atau Malaysia terbuka untuk mengadakan perjanjian perdagangan berbentuk dua hala,” katanya selepas melancarkan Persidangan Prospek Strategik Malaysia Ke-19 di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, Malaysia akan mencari pasaran baru untuk mengeksport komoditi negara.

Antara lain, beliau menamakan Peru dan Chile sebagai pasaran berpotensi yang sebelum ini dikenal pasti untuk eksport minyak sawit, koko dan getah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS