Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP nafi minta jawatan TPM, bukan ketepi hak bukan Melayu
Diterbitkan:  Jan 24, 2017 1:57 PM
Dikemaskini: 6:09 AM

DAP menafikan parti itu ada meminta jawatan timbalan perdana namun ia tidak bermakna mereka menafikan hak orang bukan Melayu berada pada posisi itu.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching berkata kenyataan Lim Kit Siang berkaitan permohonan untuk mendapatkan jawatan timbalan perdana menteri bukan bermakna mereka mengabaikan pendirian mengenai hak semua rakyat Malaysia menjawat tugas berkenaan.

Menjawab komen Ketua Publisiti MCA, Chai Kim Sen (gambar), Teo berkata tokoh terbabit perlu dihantar menghadiri kelas pembelajaran logik bagi membolehkannya memahami dengan baik kenyataan Lim.

Teo juga bertanya sama ada Chai dan MCA percaya semua rakyat Malaysia mempunyai hak bermimpi menjadi perdana menteri.

"Seratus empat puluh tiga tahun selepas Perang Saudara AS dan amalan hamba abdi di AS berakhir, negara itu melantik Barack Obama sebagai presiden.

"Bolehkan Chai Kim Sen memberikan kita suatu contoh mudah mengapa anak-anak kita tidak berhak bermimpi begitu?

"Adakah dia tidak percaya bahawa, jika kita benar-benar rakyat Malaysia suatu hari nanti kita mungkin ada seorang perdana menteri bukan Melayu?

"Perdana menteri itu tidak semestinya seorang Cina, tetapi mungkin India, Iban, Kadazan atau Dayak," katanya.

Sebelum ini Chai berkata Lim kelihatan tidak lagi percaya seseorang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri di Malaysia.

Katanya, Lim pernah menyatakan keyakinan itu ketika ditemu bual dan kenyataan itu diterbitkan akhbar Nanyang Siang Pau pada 6 November 2008.

Teo berkata, walaupun DAP tidak pernah meminta atau membincangkan isu jawatan timbalan perdana menteri, ia bukan bermakna parti itu menafikan hak orang bukan Melayu menduduki jawatan tinggi dalam kerajaan.

"Tetapi jika memang tidak boleh dibayangkan seorang individu bukan Melayu menjadi perdana menteri negara ini, mungkin Chai wajar bertanya kepada dirinya sendiri - dan memberikan jawatan jujur - siapa yang perlu dipersalahkan?" katanya.

Rabu lalu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan memberitahu DAP pernah meminta jawatan timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun bekas perdana menteri itu kemudian mengakui tersilap dan menegaskan, permintaan itu dibuat MCA.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS