Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Salam damai Lim pada PAS untuk selamatkan M'sia - DAP
Diterbitkan:  Jan 24, 2017 4:16 PM
Dikemaskini: 8:24 AM

Salam perdamaian oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang kepada PAS adalah untuk menyatukan kuasa menentang Umno dan menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah negara gagal, kata Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

Beliau berkata Lim menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan untuk membantu parti itu meluluskan Akta 355 atau menubuhkan negara Islam.

Sebaliknya, Lim mahu Hadi melihat perkara lebih tinggi daripada perspektif negara dan manfaat rakyat, demi untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah 'negara penyangak', kata Tan.

"Walaupun DAP dan PAS mempunyai perbezaan idealogi yang besar, kita kini dianggap sebagai negara Kleptokrasi," katanya.

Dua hari lepas, Lim berkata, beliau sedia bekerjasama jika presiden PAS itu memuktamadkan perjanjian bahawa keutamaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 adalah untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kelptokrasi global dan sebuah negara gagal.

Beliau berkata ini mungkin akan menjadi agenda negara dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, dan bertanya jika Abdul Hadi bersedia menyatakan komitmennya.

Bagaimanapun, Lim kemudian menjelaskan bahawa ia hanya pandangan peribadi beliau dan ia masih belum dibincangkan oleh jawatankuasa pusat DAP.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Cheras berkata Malaysia menghadapi kemelesetan ekonomi, kejatuhan nilai mata wang, inflasi, isu keselamatan, cukai yang tinggi dan masalah lain di bawah Umno dan kerajaan Najib Razak.

Oleh itu, DAP perlu menyatukan semua kuasa bagi menyelamatkan rakyat daripada krisis tersebut, katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa DAP tidak akan bertolak ansur dengan perkara bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan termasuk Akta 355.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS