Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Pembalakan berleluasa', Orang Asli mengadu kepada Suhakam

Kekecewaan ekoran penebangan hutan yang berleluasa, telah membawa sekumpulan 40 Orang Asli dari 12 kampung di Lojing di Gua Musang ke Kuala Lumpur semalam, dengan bantuan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

"Kampung kami semakin sempit, dari hari ke hari, kerana pembalakan yang berleluasa," kata Rada Jambu, tok batin Kampung Sigar di Lojing.

Menurut PSM, syarikat pembalakan dengan lesen membalak, menebang pokok yang terletak hampir 10 meter dari rumah Orang Asli di Kampung Sigar dan Kampung Sendrod.

Sambil menunjukkan kawasan hijau pada peta Kampung Sigar, Rada (foto) berkata, kampung itu adalah sebahagian daripada kawasan hutan simpan kekal di Lojing dan hanya tinggal sebuah kawasan kecil yang belum disentuh.

Peta itu juga menandakan lokasi dan nama sungai-sungai di Kampung Sigar, yang menurut Rada, amat bersejarah kerana ia ditemui nenek moyangnya dari generasi yang lalu.

Rada juga berkata itu penduduk kampung tidak lagi boleh minum air dari sungai yang kini tercemar.

Menurutnya, airnya menjadi keruh, seperti susu, dan mereka tidak boleh minum dari sungai-sungai itu kerana syarikat pembalakan telah merosakkan hutan.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS