Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim bercadang saman Hadi
Diterbitkan:  Jan 28, 2017 4:58 PM
Dikemaskini: 10:47 AM

Penasihat DAP Lim Kit Siang bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa beliau sebagai anti-Islam.

"Peguam saya (telah) diarahkan untuk mempertimbangkan sama ada kiasan Hadi bahawa saya anti-Islam adalah fitnah dan sebab bagi prosiding undang-undang," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Mengakui Hadi mempunyai hak menolak kerjasama dengan DAP, Lim berkata pemimpin PAS itu bagaimanapun tidak sepatutnya memutarbelitkan fakta bagi mewajarkan pendiriannya.

Hadi, semalam, dilapor menolak sebarang kemungkinan bekerjasama dengan DAP.

The News Straits Times memetik anggota parlimen Marang itu sebagai berkata, ini kerana DAP tidak menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Islam dibawa PAS.

Ketika mengulas mengenai salam perdamaian yang ditawarkan Lim, presiden PAS itu berkata, DAP masih "menentang Islam" dan pembentukan kerajaan Islam yang menjadi teras perjuangan PAS.

Lim bagaimanapun menyangkal kenyataan Hadi bahawa beliau seorang anti-Islam.

"Saya bukan anti-Islam dan saya menyokong wawasan Islam yang inklusif, mencerahkan, progresif dan bertolak ansur seperti dinyatakan dalam slogan 'PAS untuk semua' pada pilihan raya umum 2013," katanya.

"Bagaimanapun, saya tidak boleh menyokong visi Islam tidak bertoleransi dan pelampau, sama ada oleh Negara Islam atau oleh mana-mana pemimpin Islam yang mengaku menggunakan Islam untuk menyembunyikan ekstremisme dan sikap tidak bertoleransi mereka," katanya.

Ahli parlimen Gelang Patah itu juga berkata Hadi tidak peduli sekiranya Malaysia menjadi 'kleptokrasi global' di bawah konsep Islam yang dibawanya.

"Saya tidak fikir ahli-ahli PAS boleh menerima konsep itu, jika implikasi sepenuhnya difahami oleh ahli-ahli PAS dan rakyat Malaysia," katanya.

Lihat Komen
ADS