Harga petrol naik 20 sen mulai tengah malam ini
Diterbitkan: Jan 31, 2017 8:52 PM | Dikemas kini: Jan 31, 2017 10:03 PM
Harga runcit petrol gred RON95 dan RON97 akan naik sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 1 Februari 2017, beberapa peruncit petrol memberitahu Malaysiakini.
Ini bermakna harga petrol RON95 menjadi RM2.30 seliter manakala harga petrol RON97 ialah RM2.60 seliter mulai tengah malam ini.

Bagi diesel pula, harga runcit bahan bakar itu akan meningkat sebanyak 10 sen kepada RM2.15 seliter.
Dengan kenaikan harga bahan bakar itu, ia melonjak ke paras tertinggi sejak bulan Januari tahun lepas.
Kerajaan buat masa ini menentukan harga bahan bakar menerusi sistem apungan terurus.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.