Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Pemuda Umno mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan Bank Negara kerugian berbilion dolar dalam pasaran pertukaran asing semasa pentadbiran Tun Dr Mahahtir Mohamad.

Walaupun penolong gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid berkata jumlah kerugian sebanyak AS$10 bilion, pergerakan itu mengesyaki jumlah sebenar “disembunyikan” boleh mencecah angka AS$180 bilion.

"Kita percaya sekiranya RCI ditubuhkan dengan segera ia dapat rungkaikan apa yang dikatakan oleh Abdul Murad," Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun.

Pada sidang media di pejabat Pemuda Umno, Menara Dato Onn di ibu negara hari ini, Khairul turut menuntut penasihat DAP Lim Kit Siang agar menyatakan pendiriannya dalam isu berkenaan.

"Banyak kenyataan yang dibuat beberapa tahun lalu merujuk pada transaksi dalam hal pertukaran forex trading (perdagangan tukaran wang asing) yang dibangkitkan Kit Siang.

“Dalam hal ini, apa pendirian Lim Kit Siang?" soal Khairul.

Lihat Komen
ADS