Yayasan anak yatim saman Jamil Khir, Yapeim RM20 juta

   

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan enam pihak lagi disaman oleh Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN).

Pengasasnya,  Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazli Hashim memfailkan saman RM20 juta itu atas dakwaan salah laku dan usaha menutup yayasan itu.

Pihak plaintif mendakwa Yapeim menggunakan dana PEMANGKIN untuk menaja program Jamil ke Eropah, Amerika Syarikat dan program-program Yapeim di Ausralia.

Defendan lain yang dinamakan adalah anggota lembaga pemegang amanah PEMANGKIN Shahlan Ismail, Mohd Yusof Abd Rahman, Mokhtar Abd Razak, ketua pengarah Yapeim yang juga ketua pegawai eksekutif Abibullah Samsudin, pengarah undang-undang Yapeim Sharina Ramli dan bekas setiausaha syarikat itu Normala Embi.

Plaintif mendakwa Yapein dan defendan itu bertindak bersama untuk menjadikan PEMANGKIN tidak aktif, digulung secara rahsia tanpa memaklumkan atau dibincangkan dengan pengasas-pengasasnya.

Mereka juga mendakwa terhadap usaha menutup kelemahan, salah laku dan salah tadbir oleh sesetengah defendan seperti laporan media berkaitan PEMANGKIN.

Tahun lalu NGO yang diasaskan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW), mendakwa Jamil menggunakan dana PEMANGKIN untuk bermain golf dan membeli-belah.

Jamil menyaman pengarahnya Akmal Nasir, tetapi ini kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi.

[Baca berita asal]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda