Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pyongyang tak yakin, kecam siasatan polis Malaysia
Diterbitkan:  Feb 20, 2017 3:58 PM
Dikemaskini: 10:01 AM

Pyongyang meluahkan rasa tidak yakin ke atas siasatan yang dijalankan oleh pasukan polis Malaysia berhubung kematian Kim Jong-nam.

"Sudah tujuh hari berlalu sejak kejadian itu, tetapi tidak ada bukti jelas mengenai punca kematian dan pada ketika ini, kami tidak boleh mempercayai siasatan oleh polis Malaysia walaupun, akan memperolehi laporannya.

"Ini hanya menimbulkan keraguan bahawa mungkin ada tangan lain di sebalik siasatan itu," kata duta Korea Utara Kang Chol pada sidang akhbar di kedutaannya di Kuala Lumpur petang ini.

Beliau juga mendakwa siasatan pihak polis negara ini adalah untuk mencapai matlamat politik tertentu.

"Kami menghormati polis Malaysia dan menunggu dengan sabar untuk keputusan siasatan yang adil dan tepat. Sebaliknya, mereka menuduh kami.

“DPRK, adalah sebuah negara yang berdaulat di mana rakyatnya adalah mangsa. Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang propaganda atau kritikan terhadapnya," katanya.

Oleh itu, beliau menuntut satu siasatan bersama antara Malaysia dan Korea Utara dijalankan bagi menyiasat kematian Jong-nam.

Jika Malaysia bersetuju dengan permintaan ini, duta itu berkata, Pyongyang akan menghantar perwakilan sah mereka ke negara ini.

Kang Chol juga menuntut supaya dibenarkan berjumpa dengan suspek wanita yang ditangkap berhubung kes itu.

"Kami juga ingin mengadakan pertemuan dengan dua suspek wanita yang didakwa membunuh Kim Chol, dengan menyimbah cecair yang diragui ke mukanya," katanya.

Beliau juga mendakwa bahawa pihak berkuasa negara ini dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah berhubung perkara itu.

Duta itu merujuk tindakan Zahid yang mengesahkan identiti si mati sebagai Jong-nam sedangkan kedutaan Korea Utara berada dalam gelap.

"Bagaimana timbalan perdana menteri boleh membuat kenyataan palsu sehari sebelum (kenyataan kami)?" soalnya.

Kang juga menuduh Malaysia bersekongkol dengan Korea Selatan untuk membantu mengalihkan perhatian berhubung krisis berterusan yang sedang menyelubungi kepimpinan Korea Selatan.

Sepanjang sidang media itu, Kang tidak sekalipun merujuk si mati sebagai Kim Jong-nam, abang tiri kepada Presiden Korea Utara Kim Jong-un.

Sebaliknya, beliau merujuk lelaki yang dibunuh itu sebagai Kim Chol, nama yang dinyatakan pada pasport si mati.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS