Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas pemimpin Hong Kong dipenjara 20 bulan
Diterbitkan:  Feb 22, 2017 11:50 AM
Dikemaskini: 3:52 AM

GLOBAL Bekas ketua eksekutif Hong Kong, Donald Tsang – pegawai tertinggi dalam pentadbiran itu – dipenjarakan 20 bulan atas kesalahan salah laku dalam sektor awam.

Dalam keadaan bergari, Tsang dibawa ke mahkamah daripada hospital setelah dibawa untuk rawatan bagi masalah pernafasan dan sakit dada, Reuters.

Barisan sembilan hakim memutuskan Tsang bersalah menyembunyikan rundingan peribadi dengan taikun Bill Wong Cho-bau ketika kabinetnya sedang mempertimbangkan kelulusan untuk sebuah syarikat radio milik Wong.

Tsang bagaimanapun dibebaskan daripada tuduhan salah laku kedua.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS