Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno lebih mirip Korea Utara - DAP
Diterbitkan:  Feb 22, 2017 12:20 PM
Dikemaskini: 4:30 AM

Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok mengkritik Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Puad Zarkashi kerana membandingkan DAP dengan Korea Utara dengan mendakwa Umno yang lebih mirip rejim kuku besi itu.

Menurut beliau, kenyataan pemimpin Umno itu disifatkan sebagai lucu tetapi juga 'bodoh dan tidak masuk akal'.

Teresa turut menggariskan perbezaan antara DAP dan Republik Demokratik Rakyat Korea Utara (DPRK).

Jelas Kok, Puad harus sedar DAP adalah parti pembangkang yang mengamalkan demokrasi sosial dalam negara demokrasi manakala DPRK pula mengamalkan komunisme dan memerintah dalam sebuah negara komunis.

"Menurut laman web DPRK, ia berkata 'Republik Demokratik Rakyat Korea Utara berpandukan kegiatannya dengan idea Juche yang direncanakan Presiden Kim Il Sung. Idea Juche bermakna, secara ringkas, bahawa induk revolusi dan pembangunan rakyat secara besar-besaran dan bermotif kuasa revolusi dan pembangunan, "katanya dalam kenyataan.

Teresa juga menegaskan para anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dipilih oleh perwakilan cawangan dalam kongres parti itu pada setiap tiga tahun sekali.

"Setiap cawangan DAP akan memilih pimpinan dan perwakilan melalui perhimpunan agung tahunan dengan memilih ahli CEC dan pemimpin negeri DAP.

"Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dipilih oleh perwakilan DAP dalam kongres parti melalui pilihan raya demokratik dalaman parti. Tidak seperti DPRK, semua keputusan yang dibuat oleh parti dan kerajaan ditentukan oleh pemimpin," ujarnya.

Semalam, Puad berkata, walaupun mendakwa memperjuangkan demokrasi tulen, tetapi sudah begitu lama kepimpinan tertinggi DAP dikuasai oleh “dinasti keluarga”.

“Apakah DAP sebuah parti yang demokratik?” soalnya.

“Ada yang menjawab secara sinis, jika kita percaya Korea Utara adalah sebuah negara yang demokratik kerana ia dikenali sebagai Democratic People's Republic of North Korea (DPRK) maka bolehlah dipercayai DAP juga adalah sebuah parti yang demokratik.” tambah Puad.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS