Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Raja Saudi akan lawat Indonesia, bawa rombongan 1,500 orang
Diterbitkan:  Feb 22, 2017 1:08 PM
Dikemaskini: 5:11 AM

GLOBAL Raja Arab Saudi Raja Salman bersama rombongan 1,500 orang akan melawat Jakarta dan Bali bulan depan.

Rombongan itu melibatkan anggota daripada 10 kementerian negara itu, menurut pegawai kerajaan Indonesia, seperti dilaporkan Reuters.

“Lawatan ini amat bersejarah bagi kita,” kata setiausaha kabinet Indonesia Pramono Anung kepada pemberita semalam.

Raja Salman akan berada di Indonesia antara 1 hingga 9 Mac, yang menjadi sebahagian daripada rangka lawatannya ke Asia.

Dalam tempoh itu, beliau dikatakan akan menghabiskan enam hari terakhir “berehat-rehat” di Bali.

Anung berkata Presiden Joko Widodo atau Jokowi berharap lawatan itu membawa pelaburan masuk AS$25 bilion (RM111.4 bilion) ke republik itu.

Arab Saudi setakat ini belum memberikan sebarang kenyataan berkaitan lawatan itu.

Kali terakhir raja negara itu melawat Indonesia pada 46 tahun lepas di era pemerintahan Raja Faisal.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS