Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Bagaimana suspek masih hidup, soal duta Korea Utara

Kedutaan Korea Utara hari ini mempertikaikan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa kedua-dua suspek wanita yang ditahan berhubung pembunuhan Kim Jong-nam menekap bahan toksik ke muka mangsa dengan tangan mereka.

Dalam satu kenyataan media petang ini, kedutaan itu tertanya-tanya bagaimana kedua-dua wanita itu masih hidup.

"Malaysia menjalankan siasatan berdasarkan rakaman (kejadian) CCTV yang memperdayakan orang ramai bahawa suspek wanita itu menekap racun pada muka mangsa dengan tangan.

"Jika begitu, bagaimana mungkin suspek wanita itu masih hidup selepas kejadian berkenaan?"

Berdasarkan ini, kedutaan itu membuat kesimpulan bahawa dakwaan cecair yang dilumurkan pada muka Jong-nam sebagai jenaka, dan ia bukan racun seperti didakwa.

Menurut kedutaan Korea Utara, terdapat alasan lain yang membawa kepada kematian Jong-nam pada 13 Februari lalu.

Oleh itu, kedutaan berkenaan berkata, pihak berkuasa Malaysia perlu segera membebaskan "wanita yang tidak bersalah dari Indonesia dan Vietnam" itu serta juga warga Korea Utara "yang ditahan dengan tidak munasabah."

Khalid pagi tadi menafikan bahawa kedua-dua suspek wanita itu telah diperdaya dan sebaliknya berkata, pembunuhan itu adalah perbuatan terancang.

Menurutnya, kedua-dua suspek wanita itu telah dilatih untuk menjalankan pembunuhan beberapa kali sebelum ini, termasuk di Pavilion dan KLCC sebelum berdepan situasi sebenar.

Mereka juga menyedari bahawa ahu cecair yang disapu itu ke atas mangsa adalah toksik.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS