Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pihak pendakwaan cuba batalkan keputusan koroner

Jabatan Peguam Negara telah memulakan usaha untuk membatalkan keputusan koroner berhubung kematian seorang jurutera, P Karuna Nithi, yang meninggal dunia semasa dalam tahanan polis empat tahun lalu.

Ketua Pendakwaan Negeri Sembilan, Nik Azhan Hakim hari ini mengemukakan kepada Mahkamah Tinggi Seremban bahawa keputusan koroner yang mendapati bahawa Karuna Nithi dipukul hingga mati oleh anggota polis dan banduan adalah cacat.

Nik Azhan mendakwa koroner Jagjit Singh Bant Singh secara salah menolak keterangan pakar patologi Dr Sharifah Safoorah Syed Alwee, yang mendakwa Karuna Nithi meninggal dunia akibat komplikasi hati.

"Jika seseorang membaca keputusan koroner, yang menyatakan bahawa penemuan oleh ahli patologi Sharifah tidak tepat, (kerana) dia gagal mengambil kira laporan oleh enam pakar patologi mengenai penemuan Sharifah," kata Nik Azhan.

Permohonan tujuh halamannya untuk semakan kehakiman juga mendakwa bahawa keputusan koroner itu adalah berdasarkan kepada kebarangkalian dan bukan fakta yang kuat, kerana koroner gagal mengambil kira bahawa tidak ada keterangan yang mencabar penemuan Sharifah.

Nik Azhan juga menyatakan bahawa penemuan koroner adalah berdasarkan kepada soalan oleh peguam Dr Deeraj Bhar, yang bertindak sebagai peguam untuk keluarga dan tidak terlibat dalam bedah siasat. Deeraj adalah seorang doktor perubatan terlatih yang juga mengikuti jurusan undang-undang.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS