Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keputusan Najib mencelah kes Zaid pada 1 Jun
Diterbitkan:  Feb 28, 2017 11:52 AM
Dikemaskini: 4:02 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 1 Jun ini untuk mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mencelah dalam kes bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim terhadap AmBank Islamic Berhad.

Ini susulan saman supaya institusi kewangan itu mendedahkan sumber-sumber dana dalam lima akaun berjumlah AS$731 juta yang dipercayai milik Najib.

Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Engku Nurul Ain Engku Muda semasa pengurusan kes hari ini.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun, ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan tarikh pendengaran itu.

Zaid dilapor memfailkan saman pemula ex-parte bagi pihak pembayar cukai dan orang ramai pada 21 Oktober lalu dengan menamakan bank itu sebagai responden tunggal.

Zaid mahukan perintah mahkamah supaya bank mendedahkan sumber bayaran dari lima akaun itu sehingga 30 September tahun lepas, dalam tempoh tiga hari dari tarikh arahan.

Beliau juga mahu kebenaran untuk memeriksa dan mendapatkan salinan akaun-akaun itu bersama peguamnya.

Nombor-nombor akaun yang dirujuk itu adalah 211-202-200969-4, 211-202-201188-0, 211-202-201190-6, 211-202-200989-8 dan 211-202-201189-8.

Najib, pada 8 November lalu semasa pengurusan kes memohon mencelah kerana tidak dinamakan sebagai pihak dalam saman itu.

Lihat Komen
ADS