Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan Selangor mahu memeriksa balas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai kewujudan 136,272 pengundi dalam pendaftaran pemilih yang tidak mempunyai alamat penuh.

Peguam utama bagi kerajaan Selangor, Datuk Ambiga Sreenavasan berkata, Mohd Hashim perlu hadir ke mahkamah untuk menjelaskan bagaimana SPR memutuskan persempadanan semula tanpa alamat penuh pengundi ini.

"Bilangan yang terlibat bukan kecil dan boleh memberi kesan yang besar dalam pilihan raya kerana sejumlah 136,272 dialihkan ke kawasan lain.

"Kehadiran pengundi ini telah dicemari (senarai pengundi) dan menyebablan kesalahan undang-undang, dengan itu, kehadiran mereka tidak dapat digunakan untuk persempadanan semula di negeri ini," katanya.

Ambiga berkata, kajian menunjukkan bahawa dalam beberapa kawasan seperti kerusi Parlimen Sabak Bernam, pengundi yang tidak mempunyai alamat penuh membabitkan kira-kira 15,000 atau 38.59 peratus daripada jumlah pengundi.

Tambahnya, di beberapa kawasan lain, jelas beliau, pengundi seperti itu boleh melibatkan sehingga 25 peratus.

Walaupun angka itu kadang-kadang mungkin terkurang, kehadiran besar pengundi dengan alamat yang tidak lengkap masih meletakkan integriti pendaftaran pengundi dalam persoalan, ujarnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS