Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ri Jong-chol tuduh M'sia berkomplot burukkan Pyongyang
Diterbitkan:  Mar 4, 2017 12:47 PM
Dikemaskini: 4:54 AM

Ri Jong-chol, seorang suspek kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, berkata di Beijing bahawa dia menjadi mangsa konspirasi oleh pihak berkuasa Malaysia yang cuba mencemarkan maruah Korea Utara.

Ri, seorang rakyat Korea Utara, menuduh Malaysia menggunakan paksaan untuk cuba untuk mendapatkan pengakuan darinya, katanya kepada pemberita di luar kedutaan Korea Utara di Beijing hari ini.

Kim Jong-nam telah dibunuh pada 13 Februari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, selepas diserang oleh dua wanita yang polis Malaysia percaya melumurkan mukanya dengan VX, bahan kimia yang diklasifikasikan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai senjata pemusnah besar-besaran.

Pembunuhan Jong-nam telah memburuk hubungan antara Malaysia dan Korea Utara, yang telah mengekalkan hubungan persahabatan selama beberapa dekad.

Ri berkata beliau tidak berada di lapangan terbang pada hari pembunuhan itu, dan tidak tahu apa-apa tentang tuduhan bahawa keretanya telah digunakan dalam kes itu.

Ri berada di Beijing dalam perjalanan pulang ke Korea Utara selepas diusir dari Malaysia.

Ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing awal pagi ini disambut oleh sekumpulan pemberita Korea Selatan dan Jepun, tetapi Ri telah dibawa keluar dari situ oleh anggota polis China sebelum dia dapat membuat sebarang kenyataan.

Di luar kedutaan, Ri memberitahu pemberita bahawa beliau telah ditunjukkan bukti-bukti palsu di Malaysia, dan polis menunjukkan kepadanya gambar keluarganya dalam tahanan.

"Saya sedar bahawa ini adalah satu konspirasi, plot, untuk cuba mencemarjan status dan maruah Korea Utara," kata Ri.

Pegawai perisikan Korea Selatan dan [egawai Amerika berkata, pembunuhan itu diatur oleh ejen-ejen Korea Utara. [Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS