Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GM Yawas: S'gor sudah lama siasat, sebelum Jamal dedahkan

Kerajaan Selangor menyedari dakwaan individu yang muflis mengetuai yayasan kebajikan negeri lama sebelum perkara itu dibangkitkan oleh Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Sejurus selepas mengetahui perkara itu, pihak yang terbabit telah menjalan siasatan, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali.

"Apabila kerajaan negeri menerima maklumat itu, pihak yang berkenaan telah dipanggil untuk memberi penjelasan.

"Ia bukan kerana Jamal. Jamal (hanya membangkitkan perkara itu) minggu lepas. Kami telah lakukan siasatan dua bulan lalu," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui selepas sidang media di Rawang, hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan untuk menentukan punca masalah ini.

Empat hari yang lalu, Jamal mempertikaikan alasan di sebalik pelantikan seorang berstatus muflis mengetuai sebuah yayasan di Selangor.

Pada sidang media di Shah Alam itu, Jamal menuntut Azmin menjelaskan kedudukan pengurus besar Yayasan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), Kamsani Nasir.

Azmin adalah pengerusi pemegang amanah yayasan berkenaan.

"Menter besar sebagai pengerusi Yawas perlu jelaskan bagaimana seorang pengurus besar yang telah disytihar muflis (boleh) dilantik untuk menguruskan dana yayasan yang berjumlah ratusan juta ringgit setahun," kata Jamal.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS