Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib hadiri pertemuan tertutup Umno K'tan
Diterbitkan:  Mar 12, 2017 9:13 AM
Dikemaskini: 1:19 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadiri pertemuan tertutup bersama-sama barisan kepimpinan tertinggi Badan Perhubungan Umno Kelantan, malam tadi sempena lawatan dua hari beliau ke negeri itu.

Ketibaan Najib yang juga presiden Umno disambut Ketua Perhubungan Umno negeri yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Turut hadir Timbalan Ketua Perhubungan Umno negeri yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta ketua-ketua bahagian.

Pertemuan itu dijangka membincangkan hala tuju dan persediaan kepimpinan negeri menghadapi pilihan raya umum dan isu-isu semasa berkaitan parti.

Hari ini, Najib dijadualkan menghadiri program Jom Bantu Rakyat dan merasmikan majlis pecah tanah Hospital Bachok dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Bharu.

Beliau juga dijadualkan menghadiri program dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Pengkalan Chepa.

Najib dijangka pulang ke Kuala Lumpur petang hari ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS