Henti sabotaj ekonomi, rayu Najib

Zikri Kamarulzaman        

Tindakan 'sabotaj ekonomi' oleh sesetengah pihak di negara ini perlu dihentikan demi kepentingan rakyat dan masa depan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata fakta yang tidak tepat dan tidak berasas boleh merosakkan negara dengan mempengaruhi sentimen.

“Perkara ini tidak wajar diteruskan. Walaupun kita berbeza pendapat politik tetapi kepentingan negara tidak seharusnya jadi pertaruhan dalam soal politik kepartian.

“Kepentingan negara, national interest patut mengatasi segala-galanya, saya harap, saya rayu jangan ada unusr-unsur sedimikian.

“Saya harap apa yang boleh dianggap ekonomic sabotage haruls dihentikan demi kepentingan rakyat,” kata Najib dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang ingin tahu bagaimana kerajaan menangani tekanan ke atas ringgit dan sabotaj ekonomi yang dilakukan oleh sesetengah pihak sehingga menyebabkan kestabilan ekonomi negara terjejas.

[Baca berita penuh]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In