Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Superman' dibebaskan, mogok lapar tamat
Diterbitkan:  Mar 23, 2017 2:05 PM
Dikemaskini: 6:07 AM

Bekas pemimpin lantang DAP Hew Kuan Yau dibebaskan selepas direman beberapa hari.

“Superman akhirnya dibebaskan.

“Dia akhirnya jamah santapan pertama sejak Isnin,” kata anggota parlimen Kulai Teo Nie Ching di Facebook.

Hew dikenali sebagai Superman kerana kerap memakai baju adiwira itu ketika berceramah.

Bagaimanapun, seperti hari ditangkap, beliau juga hari ini dilihat memakai baju Batman, seorang lagi watak adiwira popular, ketika menjamah semangkuk mi.

Hew sebelum ini dikatakan mogok lapar selepas ditahan polis kerana didakwa memuatkan kenyataan jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Ini susulan tulisan yang Facebook yang mempersendakan pasangan itu sebagai Beauty and the Beast.

Lihat Komen
ADS