Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guan Eng gelar Nazri 'wira' tapi bidas Rahman Dahlan

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berharap pihak polis tidak akan menghalang debat yang dijadualkan semula antara Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambil memberi gelaran 'pahlawan' kepada Nazri kerana menyahut cabaran debat itu, Lim pada masa yang sama membidas seorang lagi ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan sambil menggelarnya sebagai 'pengecut'.

Lim berkata, beliau pernah meninjau peluang untuk berdebat dengan Abdul Rahman yang ketika itu menjadi menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan mengenai penjualan sebidang tanah di Taman Manggis oleh kerajaan negeri.

Pada bulan April tahun lepas, Abdul Rahman mencabar Lim untuk berdebat di khalayak umum mengenai isu itu, tetapi pihak polis menyekat penganjurannya atas alasan menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

Abdul Rahman tidak meneruskan debat tersebut dan sebaliknya, menggesa Lim untuk menyaman beliau kerana mendakwa terdapat salah laku dalam penjualan tanah itu.

Mengenai debat antara Nazri dan Mahathir, pada mulanya ia dijadualkan pada Sabtu ini di Kuala Kangsar tetapi polis telah bertindak untuk tidak membenarkannya.

Ekoran itu, debat berkenaan dijadualkan semula pada 7 April akan datang di Shah Alam. Antara topik yang akan diperdebatkan ialah 1MDB, dana RM2.6 bilion dalam akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan skandal BMF semasa era pemerintahan Mahathir.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS